Malaikat TUHAN menjumpai Hagar dekat mata air di padang gurun, di jalan yang menuju ke padang gurun Syur. Malaikat itu berkata, “Hagar, hamba Sarai, engkau dari mana dan hendak ke mana?” Hagar menjawab, “Hamba melarikan diri daripada tuan hamba, Sarai.” Malaikat itu berkata, “Kembalilah kepadanya dan layanilah dia.” Kemudian malaikat itu berkata, “Aku akan memberikan keturunan yang sangat banyak kepadamu, sehingga tiada seorang pun dapat menghitung mereka. Tidak lama lagi engkau akan melahirkan seorang anak lelaki; namakanlah dia Ismael, kerana TUHAN sudah mendengar tangisanmu. Tetapi anakmu itu akan hidup seperti keldai liar; dia akan melawan setiap orang dan setiap orang pun akan melawan dia. Dia akan hidup terpisah daripada semua sanak saudaranya.” Hagar bertanya dalam hati, “Benarkah aku sudah nampak Allah dan aku masih hidup?” Oleh itu dia menyebut TUHAN yang sudah berfirman kepadanya itu “Allah Yang Melihat”.
Baca KEJADIAN 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 16:7-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video