YEHEZKIEL 4
4
Yehezkiel Melakonkan Pengepungan Yerusalem
1Allah berfirman, “Hai manusia fana, ambillah sebuah batu bata dan letakkan di hadapanmu. Lakarlah kota Yerusalem di atas batu bata itu. 2Kemudian untuk melambangkan pengepungan kota itu, buatlah parit, timbunan tanah, perkhemahan, dan kayu-kayu pelantak di sekeliling batu bata itu. 3Ambillah sebuah kuali besi dan tegakkanlah kuali itu sebagai tembok di antara engkau dan kota itu. Menghadaplah ke arah kota itu seakan-akan engkau yang mengepungnya. Hal itu akan menjadi tanda bagi bangsa Israel.
4-5Kemudian berbaringlah pada sebelah kirimu. Aku akan menimpakan kesalahan bangsa Israel kepadamu. Selama 390 hari engkau akan berbaring di situ dan menderita kerana kesalahan mereka. Satu hari engkau berbaring melambangkan satu tahun hukuman bagi bangsa Israel. 6Selepas itu balikkanlah badanmu dan berbaringlah pula pada sebelah kananmu. Rasakanlah hukuman untuk kesalahan penduduk Yehuda selama empat puluh hari, satu hari melambangkan satu tahun hukuman bagi mereka.
7Tataplah pengepungan Yerusalem dan acungkanlah tinjumu lalu bernubuatlah terhadap kota itu. 8Aku akan mengikat engkau supaya engkau tidak dapat membalikkan badan ke kanan ataupun ke kiri sehingga pengepungan itu berakhir.
9Sekarang ambillah gandum, barli, kacang merah, kacang polong, sekoi, dan gandum halus. Campurkanlah semuanya dan buatlah roti. Itulah makananmu selama 390 hari engkau berbaring pada sebelah kirimu. 10Engkau dibenarkan memakan 230 gram roti sehari, dan makanan itu harus cukup sehingga esok hari. 11Air minummu pun terhad kepada dua cawan sehari. 12Buatlah api dengan menggunakan najis manusia sebagai bahan bakar. Bakarlah roti di atas api itu dan makanlah roti itu di hadapan semua orang.”
13TUHAN berfirman, “Demikianlah cara umat Israel makan makanan yang dilarang oleh Taurat, manakala Aku mencerai-beraikan mereka ke negeri-negeri asing.”
14Tetapi aku menjawab, “Janganlah demikian, ya TUHAN Raja! Aku tidak pernah menajiskan diri. Sejak kecil aku tidak pernah makan daging daripada binatang yang mati biasa, atau daging daripada haiwan yang menjadi mangsa binatang buas. Aku tidak pernah makan makanan yang dianggap najis.”
15Oleh itu Allah berfirman, “Baiklah, engkau boleh menggunakan tahi lembu sebagai ganti najis manusia untuk membakar roti.”
16Dia berfirman lagi, “Hai manusia fana, Aku akan menghentikan pembekalan roti untuk Yerusalem. Penduduk kota itu akan cemas dan khuatir semasa mereka menakar makanan dan air minum mereka. 17Mereka akan kehabisan roti dan air; mereka akan putus asa, dan akhirnya mati kerana dosa mereka.”
Terpilih Sekarang Ini:
YEHEZKIEL 4: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.