Apabila TUHAN mendengar kata-kata kamu itu, Dia berfirman kepadaku, ‘Aku sudah mendengar apa yang dikatakan umat ini, dan kata-kata mereka itu benar. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya. Pergilah dan suruhlah mereka pulang ke khemah masing-masing. Tetapi engkau, Musa, harus tinggal di sini bersama dengan Aku. Aku akan memberi engkau segala hukum dan perintah-Ku. Ajarkanlah semuanya kepada umat itu supaya mereka mentaatinya di negeri yang akan Kuberikan kepada mereka.’ Hai umat Israel, pastikanlah bahawa kamu melakukan segala yang diperintahkan TUHAN, Allah kamu. Jangan langgar satu pun hukum-Nya. Patuhilah semua yang diperintahkan oleh TUHAN, Allah kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan kamu duduki.”
Baca ULANGAN 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: ULANGAN 5:28-33
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video