ULANGAN 5:28-33
ULANGAN 5:28-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila TUHAN mendengar kata-kata kamu itu, Dia berfirman kepadaku, ‘Aku sudah mendengar apa yang dikatakan umat ini, dan kata-kata mereka itu benar. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya. Pergilah dan suruhlah mereka pulang ke khemah masing-masing. Tetapi engkau, Musa, harus tinggal di sini bersama dengan Aku. Aku akan memberi engkau segala hukum dan perintah-Ku. Ajarkanlah semuanya kepada umat itu supaya mereka mentaatinya di negeri yang akan Kuberikan kepada mereka.’ Hai umat Israel, pastikanlah bahawa kamu melakukan segala yang diperintahkan TUHAN, Allah kamu. Jangan langgar satu pun hukum-Nya. Patuhilah semua yang diperintahkan oleh TUHAN, Allah kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan kamu duduki.”

ULANGAN 5:28-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN mendengar kata-katamu ketika kamu berbicara kepadaku. Lalu TUHAN berfirman kepadaku, ‘Aku telah mendengar kata-kata yang disampaikan bangsa ini kepadamu. Semua yang dikatakan mereka itu baik. Kalau sahaja hati mereka tetap begitu, selalu takut kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku, sehingga keadaan mereka serta anak-anak mereka baik untuk selama-lamanya! Pergilah, katakan kepada mereka, “Kembalilah ke khemahmu.” Akan tetapi, engkau tinggallah di sini bersama-sama Aku dan akan Aku sampaikan kepadamu segala perintah, kanun, dan peraturan yang harus kauajarkan kepada mereka, supaya mereka melaksanakannya di negeri yang Kukurniakan kepada mereka menjadi milik mereka.’ Jadi, lakukanlah semua itu dengan setia, seperti yang diperintahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu. Jangan menyimpang ke kanan atau ke kiri. Tempuhlah segala jalan yang diperintahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu supaya kamu dapat hidup, keadaan kamu baik, dan lanjut umurmu di negeri yang akan kamu miliki.