Sebelum kelaparan itu terjadi, Elisa telah memberitahu perempuan yang tinggal di Sunem, yang anak lelakinya pernah dihidupkan kembali oleh Elisa, bahawa TUHAN akan mendatangkan kelaparan di negeri itu selama tujuh tahun. Elisa memberitahu perempuan itu bahawa dia harus meninggalkan kota itu bersama-sama keluarganya dan pergi ke tempat lain. Perempuan itu menurut nasihat Elisa dan bersama-sama keluarganya pergi ke negeri orang Filistin dan tinggal di sana selama tujuh tahun. Selepas tujuh tahun, perempuan itu kembali ke Israel lalu menghadap raja untuk memohon supaya rumah dan tanahnya di kembalikan kepadanya. Pada masa itu raja sedang bertutur dengan Gehazi, hamba Elisa. Raja hendak tahu tentang mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Elisa. Sedang Gehazi menceritakan cara Elisa menghidupkan seorang yang telah mati, perempuan itu menghadap raja. Oleh itu Gehazi berkata kepada raja, “Tuanku, inilah perempuan itu, dan inilah anaknya yang telah dihidupkan semula oleh Elisa!” Apabila ditanyai raja, perempuan itu mengesahkan perkataan Gehazi. Oleh itu raja memanggil seorang pegawainya dan menyuruh dia mengembalikan segala harta yang dimiliki perempuan itu kepadanya, termasuk harga semua hasil tanaman di ladangnya selama tujuh tahun dia di luar negeri.
Baca 2 RAJA-RAJA 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 RAJA-RAJA 8:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video