Pada suatu hari, kumpulan nabi yang dididik oleh Elisa berkata kepada Elisa, “Tempat tinggal kita terlalu sempit! Benarkanlah kami pergi menebang kayu dekat Sungai Yordan, supaya kami dapat membina tempat tinggal di sana.” “Baiklah,” jawab Elisa. Seorang daripada mereka mendesak Elisa supaya mengikut mereka; Elisa bersetuju. Oleh itu mereka berangkat bersama-sama. Apabila mereka sampai dekat Sungai Yordan, mereka mula bekerja. Semasa seorang daripada mereka menebang sebatang pokok, tiba-tiba mata kapaknya jatuh ke dalam air. Orang itu berseru kepada Elisa, “Apakah yang harus saya lakukan? Kapak itu saya pinjam daripada orang lain!” Elisa bertanya, “Di manakah mata kapak itu jatuh?” Orang itu menunjukkan tempatnya. Elisa memotong sebatang kayu lalu melemparkannya ke tempat itu. Tiba-tiba mata kapak daripada besi itu timbul di permukaan air. “Ambillah,” kata Elisa. Orang itu menghulurkan tangannya lalu mengambil mata kapak itu.
Baca 2 RAJA-RAJA 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 RAJA-RAJA 6:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video