1 KORINTUS 15:19-28

1 KORINTUS 15:19-28 BM

Jika harapan kita kepada Kristus terbatas kepada hidup kita di dunia ini sahaja, maka kitalah yang paling malang antara semua orang di dunia ini! Tetapi sebenarnya Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Itulah jaminan bahawa mereka yang sudah mati akan dibangkitkan juga. Hal itu demikian kerana sebagaimana kematian datang ke dunia melalui satu orang, begitu juga kebangkitan daripada kematian diberikan melalui satu orang. Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus. Masing-masing akan dihidupkan semula menurut gilirannya: mula-mula Kristus; kemudian mereka yang menjadi milik-Nya akan dihidupkan semula ketika Kristus datang lagi. Kemudian tibalah akhir zaman. Pada waktu itu Kristus akan menaklukkan semua pemerintah, penguasa dan pemimpin, lalu Kristus akan menyerahkan kekuasaan-Nya sebagai raja kepada Allah, Bapa kita. Kristus harus terus memerintah sehingga Allah menaklukkan semua musuh Kristus di bawah kekuasaan Kristus. Musuh yang terakhir yang akan ditaklukkan ialah kematian. Di dalam Alkitab tertulis, “Allah sudah menaklukkan segala sesuatu di bawah kekuasaan-Nya.” Jelaslah bahawa kata “segala sesuatu” itu tidak termasuk Allah sendiri, yang menaklukkan segala sesuatu di bawah kekuasaan Kristus. Tetapi setelah segala sesuatu ditaklukkan di bawah pemerintahan Kristus, maka Dia sendiri sebagai Anak Allah akan meletakkan diri-Nya di bawah kekuasaan Allah, yang menyerahkan segala-galanya kepada-Nya. Demikianlah pada akhirnya Allah sendiri akan memerintah semuanya.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 1 KORINTUS 15:19-28

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami