Marilah, marilah kita menyanyi untuk TUHAN; marilah kita bersorak riang untuk Batu Pejal penyelamatan kita. Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur, marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur. Kerana TUHAN ialah Allah Yang Maha Besar, Raja besar di atas semua tuhan. Dalam tangan-Nya tempat-tempat dalam di bumi, bukit-bukau yang tinggi juga milik-Nya. Laut milik-Nya kerana Dia yang menjadikannya, dan tangan-Nya membentuk daratan yang kering. Marilah, marilah kita menyembah dan tunduk, marilah kita berlutut di hadapan TUHAN Pencipta kita
Baca Mazmur 95
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 95:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video