“Kepada malaikat jemaah di Pergamus, tulislah: Inilah firman daripada Dia yang memiliki sebilah pedang mata dua yang tajam. Aku tahu akan tempat kediamanmu. Di situlah Iblis bertakhta. Namun demikian, kamu setia berpegang kepada nama-Ku. Malah kamu tidak menyangkal imanmu kepada-Ku ketika Antipas, saksi-Ku yang setia, dibunuh di tempat kediaman Iblis. Tetapi Aku mencelamu kerana beberapa perkara: Ada di antaramu yang menganut ajaran Bileam. Bileam telah mengajak Balak untuk memujuk umat Israel supaya berdosa dengan makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala serta melakukan pencabulan. Secara itu juga ada sebilangan daripadamu yang mengikut ajaran Nikolaus. Bertaubatlah. Jika tidak, Aku akan datang segera kepadamu dan menyerang mereka dengan pedang yang keluar dari mulut-Ku. Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang. Juga Aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya.”
Baca Wahyu 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Wahyu 2:12-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video