Nyanyikanlah untuk TUHAN lagu baru; nyanyikanlah untuk TUHAN, seluruh bumi. Nyanyilah untuk TUHAN, berkatilah nama-Nya; isytiharkan berita baik penyelamatan-Nya dari hari ke hari. Isytiharkan kemuliaan-Nya dalam kalangan bangsa, mukjizat-Nya di antara semua umat-Nya. Kerana TUHAN Maha Besar dan besar puji untuk-Nya; Dia harus ditakuti di atas semua tuhan. Kerana semua tuhan bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi TUHAN telah menjadikan langit. Kehormatan dan keagungan ada di hadirat-Nya; kekuatan dan keindahan di dalam tempat suci-Nya. Berilah TUHAN, hai keluarga bangsa-bangsa, berilah TUHAN puji tentang kemuliaan dan kekuatan. Berilah TUHAN kemuliaan yang wajar bagi nama-Nya; bawalah persembahan, dan datanglah ke pekarangan-Nya. Sembahlah TUHAN dalam keindahan kesucian; gementarlah di hadirat-Nya, wahai seluruh bumi. Katakanlah dalam kalangan bangsa-bangsa, “TUHAN bertakhta memerintah.” Dunia tidak diganjak; Dia akan mengadili kaum-kaum dengan benar. Biarlah langit bergembira, dan biarlah bumi bersukacita; biarlah laut menderu, dan segala dalamnya; biarlah padang berbahagia, dan semua dalamnya. Kemudian semua pokok hutan akan bergembira di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang, Dia akan datang untuk menghakimi bumi dengan keadilan dan kaum-kaum dengan kesetiaan-Nya.
Baca Mazmur 96
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 96:1-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video