Mazmur 75

75
Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Jangan Musnahkan.” Mazmur Asaf. Sebuah nyanyian.
1Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah,
kami mengucap syukur, kerana hasil kerja-Mu yang menakjubkan;
mengisytiharkan bahawa nama-Mu dekat.
2Engkau berkata, “Apabila Aku memilih masa yang wajar;
Aku akan menghakimi dengan adil.
3Bumi dan semua penghuninya dilarutkan,
aku memacakkan tiang-tiang cukup teguh. Sela
4Aku telah berfirman kepada orang yang angkuh, ‘Janganlah melakukan sesuatu dengan cakap besar,’
dan kepada orang zalim, ‘Janganlah mengangkat tanduk.
5Janganlah mengangkat tandukmu tinggi-tinggi;
janganlah bercakap dengan bertegang urat leher.’ ”
6Kerana peninggian tidak datang dari timur atau dari barat ataupun dari selatan.
7Tetapi Allah yang menjadi hakim:
Dia menurunkan seseorang dan meninggikan orang lain.
8Kerana di tangan TUHAN ada cawan
dan air anggur-Nya merah;
sudah cukup dibancuh, lalu Dia menuangkannya,
sesungguhnya semua orang zalim di bumi akan meneguknya sampai habis setiap titik.
9Tetapi aku akan mengisytiharkannya untuk selama-lamanya;
aku akan menyanyikan pujian kepada Allah Yakub.
10Semua tanduk orang zalim akan dipotong-Nya,
tetapi tanduk orang yang benar akan ditinggikan.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 75: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk