Mazmur 65

65
Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Sebuah nyanyian.
1Puji-pujian menanti-Mu, ya Allah, di Sion;
dan janji kami kepada-Mu akan ditunaikan.
2Engkau yang mendengar doa,
semua manusia akan datang kepada-Mu.
3Dosa-dosaku terlalu berat bagiku,
kami manusia berdosa, tetapi Engkau melorongkan pendamaian.
4Diberkatilah orang yang Kaupilih untuk mendekati-Mu!
Dan tinggal di tempat Engkau bertakhta,
kami akan dilimpahi berkat rumah-Mu, tempat suci-Mu.
5Engkau akan menjawab rayuan kami dengan perbuatan benar yang menakjubkan,
Ya Allah Penyelamat kami,
Engkaulah harapan seluruh bumi dan lautan yang jauh,
6Engkau yang menegakkan gunung pada tempatnya dengan kekuatan-Mu,
kerana Engkau lengkap dengan kekuasaan,
7Engkau yang menenangkan deru lautan, gemuruh gelombangnya,
dan gelora bangsa-bangsa.
8Orang yang tinggal di setiap pelosok bumi gerun melihat tanda-tanda-Mu;
Engkau memberi kegembiraan dari fajar menyingsing hingga matahari terbenam.
9Engkau mengairi bumi;
dan menyuburkannya.
Sungai Allah penuh dengan air;
Engkau memberi rezeki#65:9 Harfiah: Bijirin. Perkataan, ‘rezeki’ merujuk kepada makanan sehari-hari. kepada mereka,
dengan menyediakan tanah untuk tanaman.#65:9 Harfiah: Engkau memberikan bijirin kepada manusia. Begitulah Engkau menyediakannya.
10Engkau mengairi batas-batas ladang mereka dan menggemburkan alur-alurnya;
Engkau melembutkannya dengan hujan
dan memberkati pertumbuhan tanaman.
11Engkau mencurahkan rahmat-Mu sepanjang tahun,
melimpahkan kemakmuran merata-rata.
12Rahmat-Mu menyuburkan padang rumput di gurun;
segala bukit kecil di sekitar bergembira.
13Padang-padang rumput penuh dengan ternakan;
lembah lurah kaya dengan ternakan;
semuanya bersorak riang dan menyanyi.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 65: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk