Mazmur 60
60
Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Bunga Bakung Perjanjian.”
Mazmur Daud. Untuk pengajaran. Ketika dia berperang melawan Mesopotamia dan Aram-Zoba, Yoab pulang lalu membunuh dua belas ribu orang Edom di Lembah Garam.
1Ya Allah, Engkau telah menyingkiri kami, Engkau telah membiarkan kami tewas;
Engkau telah murka — terimalah kami semula!
2Engkau telah membuat bumi bergegar, Engkau telah membuatnya pecah belah;
pulihkanlah semula, kerana bumi sedang gementar.
3Engkau telah menimpakan kesengsaraan ke atas umat-Mu;
Engkau telah memberi kami minum anggur kekeliruan.
4Engkau telah mengurniakan panji-panji kepada orang yang takut kepada-Mu,
untuk dikibarkan kerana kebenaran. Sela
5Supaya orang yang Kaukasihi dapat diselamatkan,
lepaskanlah dengan tangan kanan-Mu dan dengarlah rayuanku.
6Allah telah berfirman dalam kesucian-Nya:
“Aku akan bergembira, Aku akan membahagikan tanah Sikhem
dan mengukur serta mengagihkan Lembah Sukot.
7Gilead milik-Ku, Manasye milik-Ku;
Efraim juga topi besi-Ku,
Yehuda tongkat kerajaan-Ku.
8Moab tempat pembasuhan-Ku,
ke atas Edom akan Kulemparkan kasut-Ku;
ke atas Filistea Aku akan menang.”
9Siapa akan membawaku ke dalam kota perkasa itu?
Siapa akan memimpinku ke Edom?
10Bukankah Engkau, ya Allah, yang menyingkiri kami
dan Engkau, ya Allah, yang tidak menyertai tentera kami?
11Berilah kami pertolongan daripada kesusahan,
kerana pertolongan daripada manusia tidak berguna.
12Melalui Allah, kita akan berjuang berani,
kerana Dialah yang akan menumpaskan musuh kita.
Terpilih Sekarang Ini:
Mazmur 60: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited