TUHAN cahayaku dan penyelamatanku — siapa perlu kutakuti? TUHAN kekuatan hidupku — siapa harus aku gentar? Apabila orang durjana menyerangku untuk membaham dagingku, semua musuh dan seteruku itu, tersandung lalu rebah. Kalaupun seangkatan tentera mengepungku, hatiku tidak akan ngeri; meski perang bangkit melandaku, tentang ini aku tetap yakin. Satu perkara yang kuingini daripada TUHAN, akan kupohonkan: semoga aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN seumur hidupku, melihat keindahan TUHAN dan merenung di dalam rumah suci-Nya. Kerana pada waktu kesusahan Dia akan menyembunyikan aku di astaka-Nya; di ruang rahsia khemah-Nya Dia akan menyembunyikan aku. Dia akan mengangkatku ke atas batu pejal. Dan sekarang kepalaku diangkat tinggi di atas musuh sekelilingku; maka aku akan mempersembahkan korban dengan sorak-sorai kegembiraan di khemah-Nya; aku akan menyanyi, ya, aku akan menyanyi memuji TUHAN.
Baca Mazmur 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 27:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video