Mazmur 22:1-21

Mazmur 22:1-21 AVB

Ya Allahku, ya Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Mengapa Engkau terlalu jauh untuk menolongku, dan untuk mendengar kata-kata rintihanku? Ya Allahku, aku meratap sepanjang siang, tetapi Engkau tidak mendengar, dan semalaman aku tidak berhenti merayu. Tetapi Engkau suci; bertakhta di atas puji-pujian umat Israel. Nenek moyang kami percaya kepada-Mu; mereka percaya dan Engkau menyelamatkan mereka. Mereka merayu kepada-Mu, lalu mereka diselamatkan; mereka percaya kepada-Mu, dan tidak kecewa. Tetapi aku makhluk melata, bukan manusia, dikeji dan dihina orang. Semua yang melihatku mentertawakanku; mereka mencaciku, menggeleng kepala, sambil berkata: “Dia percaya kepada TUHAN; biar TUHAN selamatkan dia. Biar TUHAN lepaskan dia, kerana TUHAN berkenan kepadanya.” Tetapi Engkaulah yang mengeluarkan aku dari rahim; Engkau membuat aku percaya ketika masih disusui ibuku. Aku diserahkan kepada-Mu sejak lahir; semenjak di rahim ibuku lagi Engkaulah Allahku. Janganlah jauh daripadaku, kerana kesusahan dekat denganku dan tiada siapa yang menolong. Banyak lembu jantan mengelilingiku; lembu jantan Basan yang kuat telah mengepungku. Mereka merenungku dengan mulut ternganga seperti singa yang mengaum ganas. Aku dicurah keluar seperti air, dan semua tulangku terseliuh daripada sendinya. Hatiku seperti lilin; dan telah cair dalam diriku. Kekuatanku telah kering-kontang, dan lidahku melekat ke langit-langitku; Engkau telah membawaku ke debu maut. Anjing-anjing telah mengelilingiku; gerombolan orang durjana mengepungku, mereka telah menembusi tangan dan kakiku. Aku dapat membilang semua tulangku; mereka membelalak merenungku. Mereka membahagikan pakaianku antara mereka dan untuk itu mereka membuang undi. Tetapi Engkau, ya TUHAN, janganlah jauh daripadaku; ya TUHAN kekuatanku, segeralah datang menolongku. Selamatkan aku daripada pedang, dan nyawaku yang satu-satunya daripada cengkaman anjing. Selamatkan aku daripada mulut singa; dan daripada tanduk lembu liar.

Verse Image for Mazmur 22:1-21

Mazmur 22:1-21 - Ya Allahku, ya Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?
Mengapa Engkau terlalu jauh untuk menolongku,
dan untuk mendengar kata-kata rintihanku?
Ya Allahku, aku meratap sepanjang siang, tetapi Engkau tidak mendengar,
dan semalaman aku tidak berhenti merayu.
Tetapi Engkau suci;
bertakhta di atas puji-pujian umat Israel.
Nenek moyang kami percaya kepada-Mu;
mereka percaya dan Engkau menyelamatkan mereka.
Mereka merayu kepada-Mu,
lalu mereka diselamatkan;
mereka percaya kepada-Mu, dan tidak kecewa.
Tetapi aku makhluk melata, bukan manusia, dikeji dan dihina orang.
Semua yang melihatku mentertawakanku;
mereka mencaciku, menggeleng kepala, sambil berkata:
“Dia percaya kepada TUHAN;
biar TUHAN selamatkan dia.
Biar TUHAN lepaskan dia,
kerana TUHAN berkenan kepadanya.”
Tetapi Engkaulah yang mengeluarkan aku dari rahim;
Engkau membuat aku percaya ketika masih disusui ibuku.
Aku diserahkan kepada-Mu sejak lahir;
semenjak di rahim ibuku lagi Engkaulah Allahku.
Janganlah jauh daripadaku,
kerana kesusahan dekat denganku
dan tiada siapa yang menolong.
Banyak lembu jantan mengelilingiku;
lembu jantan Basan yang kuat telah mengepungku.
Mereka merenungku dengan mulut ternganga seperti singa yang mengaum ganas.
Aku dicurah keluar seperti air,
dan semua tulangku terseliuh daripada sendinya.
Hatiku seperti lilin;
dan telah cair dalam diriku.
Kekuatanku telah kering-kontang,
dan lidahku melekat ke langit-langitku;
Engkau telah membawaku ke debu maut.
Anjing-anjing telah mengelilingiku;
gerombolan orang durjana mengepungku,
mereka telah menembusi tangan dan kakiku.
Aku dapat membilang semua tulangku;
mereka membelalak merenungku.
Mereka membahagikan pakaianku antara mereka
dan untuk itu mereka membuang undi.
Tetapi Engkau, ya TUHAN, janganlah jauh daripadaku;
ya TUHAN kekuatanku, segeralah datang menolongku.
Selamatkan aku daripada pedang,
dan nyawaku yang satu-satunya daripada cengkaman anjing.
Selamatkan aku daripada mulut singa;
dan daripada tanduk lembu liar.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Mazmur 22:1-21