Mazmur 149

149
1Pujilah TUHAN!
Nyanyikanlah kepada TUHAN lagu baru,
dan pujian untuk-Nya dalam perhimpunan orang warak.
2Biarlah Israel bergembira kerana Pencipta mereka;
biarlah anak-anak Sion berbahagia kerana Raja mereka.
3Biarlah mereka memuji nama-Nya dengan tarian;
biar mereka menyanyikan pujian kepada-Nya dengan tamborin dan kecapi.
4Kerana TUHAN berkenan akan umat-Nya;
Dia akan memahkotai mereka yang rendah hati dengan penyelamatan.
5Biarlah orang warak berbahagia dalam kemuliaan;
biarlah mereka menyanyi gembira di tempat tidur.
6 # 2Mak 15:27. Biarlah pujian tinggi bagi Allah di lidah mereka
dan pedang bermata dua di tangan mereka,
7untuk membalas perbuatan bangsa-bangsa
dan menghukum kaum-kaum,
8untuk mengikat raja-raja mereka dengan rantai,
dan orang bangsawan mereka dengan belenggu besi,
9untuk menjalankan ke atas mereka penghakiman yang tersurat.
Kehormatan ini dimiliki seluruh umat-Nya yang warak.
Pujilah TUHAN!

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 149: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk