Amsal 30

30
Pepatah-pepatah Agur anak Yake
1Inilah kata-kata Agur anak Yake, dari Masa:
Berkatalah orang itu kepada Itiel, kepada Itiel dan Ukal,
2“Sesungguhnya, aku ini lebih bodoh daripada orang lain,
dan aku tidak mempunyai pengertian manusia.
3Aku tidak mempelajari hikmah,
dan aku tidak mempunyai pengetahuan tentang Yang Maha Suci.”
4Siapa naik ke langit dan turun?
Siapa mengumpulkan angin dalam genggamannya?
Siapa yang membungkus air di dalam jubahnya?
Siapa menetapkan segala hal hujung bumi?
Siapa namanya dan siapa nama anaknya?
Engkau pasti tahu!
5Semua firman Allah teruji.
Dia perisai bagi mereka yang berlindung kepada-Nya.
6Jangan tambahkan sesuatu pun kepada firman-Nya,
supaya jangan engkau ditegur-Nya dan terbukti pendusta.
7Dua hal kupinta daripada-Mu,
janganlah Kautolak sebelum aku mati:
8Jauhkanlah daripadaku kesia-siaan dan perkara dusta,
janganlah beri aku kemiskinan atau kekayaan,
berilah aku makanan secukupnya.
9Jangan sampai aku kenyang lalu menyangkal Engkau
dan berkata, “Siapakah TUHAN itu?”
Jangan sampai aku miskin lalu mencuri
dan memfitnah nama Allahku.
10Jangan fitnahkan seorang hamba di hadapan tuannya,
supaya jangan dia mengutukmu dan engkau dihukum.
11Ada keturunan yang mengutuk ayahnya
dan tidak memohonkan berkat bagi ibunya.
12Ada pula orang yang menganggap dirinya tahir,
tetapi belum juga bersih daripada kecemarannya.
13Ada orang yang matanya sangat bongkak,
dan kelopak matanya terangkat tinggi!
14Ada keturunan yang giginya seperti pedang
dan rahangnya seperti pisau,
untuk membaham orang miskin dari bumi
dan kaum tertindas daripada kalangan manusia.
15Si lintah mempunyai dua orang anak perempuan,
“Berilah! Berilah!”
Ada tiga hal yang tidak pernah puas,
bahkan empat hal yang tidak pernah berkata, “Cukup”:
16alam barzakh, rahim yang mandul,
bumi yang tidak pernah puas dengan air,
dan api yang tidak pernah berkata, “Cukup!”
17Mata yang mengolok-olokkan ayah
dan mencemuh bimbingan si ibu
akan dicungkil oleh burung gagak dari lembah
dan dimakan oleh anak-anak rajawali.#30:17 Ada naskhah: burung nasar.
18Ada tiga hal yang terlalu ajaib bagiku,
bahkan empat hal yang tidak kufahami:
19 # Keb 5:10-12. jalan rajawali di udara,
jalan ular di atas batu,
jalan kapal di tengah lautan,
dan jalan seorang lelaki dengan seorang gadis.
20Demikianlah perilaku si perempuan penzina:
dia makan lalu mengesat mulutnya
dan berkata, “Aku tidak berbuat salah.”
21Atas sebab tiga hal bumi ini bergetar,
bahkan kerana empat hal ia tidak dapat bertahan:
22kerana seorang hamba menjadi raja,
kerana seorang bodoh kenyang dengan makanan,
23kerana seorang perempuan yang dibenci menikah,
dan kerana seorang pelayan perempuan menggantikan tempat cik puannya.
24Ada empat hal yang kecil di bumi
namun sangat bijaksana:
25semut, makhluk yang tidak kuat
tetapi menyediakan makanannya pada musim panas;
26Landak, haiwan yang lemah
tetapi membuat sarangnya di bukit batu;
27belalang, yang tidak mempunyai raja
tetapi semuanya berbaris berpasukan,
28dan cicak, yang dapat kautangkap dengan tangan
tetapi ada di istana raja.
29Ada tiga hal yang gagah langkahnya,
bahkan empat hal yang gagah jalannya:
30singa, yang terkuat antara segala haiwan
dan tidak mundur terhadap apa-apa pun;
31ayam jantan yang angkuh, atau kambing jantan,
dan seorang raja di hadapan pasukannya.
32Jika engkau bersikap bodoh dengan meninggikan dirimu,
atau jika engkau ada niat melakukan kejahatan,
tekapkanlah tanganmu pada mulutmu,
33kerana seperti susu yang diaduk akan menghasilkan mentega,
hidung yang ditekan akan mengeluarkan darah,
demikianlah kemarahan yang digalakkan bakal mencetuskan sengketa.

Terpilih Sekarang Ini:

Amsal 30: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk