Janganlah menahan kebaikan daripada orang yang patut menerimanya, ketika engkau mampu melakukannya. Jangan katakan kepada sesamamu, “Pergilah dan kembalilah lagi, esok akan kuberi,” padahal apa yang diminta itu ada padamu. Janganlah merancang kejahatan terhadap jiranmu, walhal dia tinggal tanpa curiga berdekatan denganmu. Jangan bersengketa tanpa alasan dengan orang yang tidak pernah berbuat jahat kepadamu. Janganlah iri hati terhadap orang yang ganas, dan jangan memilih satu pun daripada jalannya, kerana orang yang mungkar adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi Dia akrab dengan orang yang tulus ikhlas. Kutukan TUHAN adalah terhadap rumah orang durjana, tetapi Dia memberkati kediaman orang benar. Dia mencemuh para pencemuh, tetapi Dia memberikan anugerah kepada orang yang rendah hati. Orang bijaksana akan mewarisi kehormatan, tetapi orang bodoh akan mendapat aib.
Baca Amsal 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 3:27-35
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video