Jangan bermegah tentang hari esok, kerana engkau tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari itu. Biarlah orang lain memujimu, jangan mulutmu sendiri, bahkan orang yang tidak kaukenal, bukan bibirmu sendiri. Batu itu berat, begitu juga pasir, tetapi hasutan orang bodoh lebih berat daripada kedua-duanya. Murka itu bengis, dan kemarahan seperti air bah, tetapi siapa dapat bertahan terhadap cemburu? Lebih baik teguran yang nyata daripada kasih yang tersembunyi. Pukulan seorang sahabat dapat diyakini baik, tetapi ciuman seorang musuh menubikan kelicikan. Orang yang kenyang meluat akan indung madu, tetapi bagi orang lapar, semua yang pahit terasa manis. Seperti burung yang menyimpang jauh lalu meninggalkan sarangnya, demikianlah perantauan orang yang meninggalkan tempat tinggalnya. Minyak dan wangi-wangian menyenangkan hati, begitu jugalah keikhlasan nasihat seseorang manis bagi sahabatnya.
Baca Amsal 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 27:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video