Amsal 10
10
Amsal Salomo
1Inilah amsal Salomo:
Anak yang arif menyukakan hati ayahnya,
tetapi anak yang bodoh adalah kedukaan ibunya.
2Harta hasil kedurjanaan tidaklah berfaedah,
tetapi perbenaran#10:2 Perbenaran: Rujukan kepada kebaikan, keadilan dan kejujuran. melepaskan orang daripada maut.
3TUHAN tidak akan membiarkan orang benar kelaparan,
tetapi Dia merintangi nafsu orang durjana.
4Tangan yang malas menempah kemiskinan,
tetapi tangan yang rajin menghasilkan kekayaan.
5Anak yang bijaksana mengumpulkan hasil pada musim panas,
tetapi anak yang tidur pada musim menuai membawa aib.
6Berkat memahkotai orang benar,
tetapi mulut orang durjana menyembunyikan kejahatan.
7Kenangan akan orang benar membawa berkat,
tetapi nama orang durjana akan membusuk.
8Hati yang bijak menerima perintah,
tetapi orang bodoh yang banyak bercakap akan hancur.
9Orang yang hidup dalam keikhlasan, aman jalannya,
tetapi sesiapa memesongkan jalannya akan diketahui juga.
10Orang yang mengenyitkan matanya mendatangkan duka,
tetapi orang bodoh yang banyak bercakap akan hancur.
11Mulut orang benar ialah mata air kehidupan,
tetapi mulut orang durjana menyembunyikan kejahatan.
12 # Yak 5:20; 1Ptr 4:8. Kebencian menimbulkan perbalahan,
tetapi kasih menutupi segala pelanggaran.
13Di bibir orang berpengertian terdapat hikmah,
tetapi rotan tersedia bagi belakang orang yang kurang berakal.
14Orang bijaksana menimbunkan pengetahuan,
tetapi mulut orang bodoh mendampingi kehancuran.
15Harta kekayaan ialah benteng bagi orang kaya,
tetapi kepapaan adalah kehancuran bagi orang miskin.
16Hasil usaha orang benar membawa kepada kehidupan,
tetapi dosa tuaian orang durjana membawa kepada penghukuman.
17Sesiapa yang memperhatikan didikan menuju jalan kehidupan,
tetapi sesiapa yang menolak teguran bakal tersesat.
18Sesiapa yang menyembunyikan kebencian bermulut dusta,
dan sesiapa yang menyebar fitnah tidak berakal.
19Apabila banyak bercakap, dosa pasti ada,
tetapi orang bijaksana mengawal mulutnya.
20Lidah orang benar bagaikan perak pilihan,
tetapi hati orang durjana tiada harganya.
21Bibir orang benar menggandakan belas ihsan,
tetapi orang yang bodoh mati kerana kurang berakal.
22Berkat TUHAN mengayakan,
dan Dia tidak menambahkan kesusahan kepadanya.
23Berbuat jahat bagaikan permainan orang bodoh,
tetapi hikmah ialah kegemaran bagi orang yang berpengertian.
24Orang durjana akan ditimpa perkara yang ditakutinya,
tetapi keinginan orang benar akan termakbul.
25Apabila angin puting beliung melanda akan tiada lagi orang durjana,
tetapi orang benar akan kukuh selama-lamanya.
26Sebagaimana kesan cuka bagi gigi dan asap bagi mata,
demikianlah si pemalas bagi orang yang mengutusnya.
27Takut kepada TUHAN memanjangkan usia,
tetapi tahun-tahun orang durjana akan dipersingkat.
28Harapan orang benar akan menjadi sukacita,
tetapi harapan orang durjana akan binasa.
29Jalan TUHAN adalah perlindungan bagi orang yang tulus,
tetapi kehancuran bagi orang yang berbuat jahat.
30Orang benar tidak akan goyah untuk selama-lamanya,
tetapi orang durjana tidak akan lama di bumi ini.
31Mulut orang benar mengucapkan hikmah,
tetapi lidah yang suka mungkar akan dikerat.
32Bibir orang benar tahu apa yang menyenangkan,
tetapi mulut orang durjana hanya tahu kata-kata mungkar.
Terpilih Sekarang Ini:
Amsal 10: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited