Filipi 2:5-18

Filipi 2:5-18 AVB

Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia. Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian, bahkan kematian di salib! Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama, supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa. Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya. Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah, supaya dirimu tidak beraib dan bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia, berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia. Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua. Demikian jugalah kamu harus bahagia dan bersukacita bersamaku.

Verse Images for Filipi 2:5-18

Filipi 2:5-18 - Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus:
Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah,
tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan,
tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya,
mengambil bentuk seorang hamba,
dan datang dengan rupa manusia.
Dalam keadaan sebagai manusia,
Dia telah merendahkan diri-Nya
dan taat hingga kepada kematian,
bahkan kematian di salib!
Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya
dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama,
supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut,
segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi,
dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan,
untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.

Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya.
Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah, supaya dirimu tidak beraib dan bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia, berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia.
Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua. Demikian jugalah kamu harus bahagia dan bersukacita bersamaku.Filipi 2:5-18 - Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus:
Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah,
tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan,
tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya,
mengambil bentuk seorang hamba,
dan datang dengan rupa manusia.
Dalam keadaan sebagai manusia,
Dia telah merendahkan diri-Nya
dan taat hingga kepada kematian,
bahkan kematian di salib!
Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya
dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama,
supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut,
segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi,
dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan,
untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.

Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya.
Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah, supaya dirimu tidak beraib dan bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia, berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia.
Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua. Demikian jugalah kamu harus bahagia dan bersukacita bersamaku.