Bani Moab menjadi sangat takut akan orang Israel kerana jumlah mereka sangat ramai. Hati mereka kecut menghadapi orang Israel. Lalu kata mereka kepada tua-tua Midian, “Sekarang pasukan besar itu akan melahap segala sesuatu di sekeliling kita seperti lembu melahap tumbuhan hijau di padang.” Maka Balak anak Zipor, raja Moab pada waktu itu, mengirimkan beberapa utusan kepada Bileam anak Beor di Petor. Petor terletak di tepi Sungai Efrat, di bumi asal bangsanya. Dipesannya kepada Bileam, “Ketahuilah, ada suatu bangsa yang keluar dari Mesir dan sesungguhnya mereka menutupi muka bumi, dan sekarang mereka sedang tinggal berseberangan denganku. Oleh sebab itu datanglah ke mari sekarang dan kutuklah bangsa itu bagiku, kerana mereka lebih kuat daripada aku. Siapa tahu aku dapat mengalahkan mereka dan mengusir mereka dari negeri ini. Kerana aku tahu jika kamu memohonkan berkat bagi seseorang, dia memperoleh berkat, dan jika kamu mengutuk seseorang, dia menerima bahana kutukan.”
Baca Bilangan 22
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Bilangan 22:3-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video