Nehemia 4:15-23

Nehemia 4:15-23 AVB

Ketika musuh kami mendengar bahawa kami sudah mengetahui hal itu dan bahawa Allah telah menggagalkan rancangan mereka, maka kami semua dapat kembali ke tembok dan ke bahagian pekerjaan kami masing-masing. Sejak hari itu sebahagian daripada anak buahku bekerja dan sebahagian yang lain memegang tombak, perisai, busur panah, serta berbaju zirah, sedangkan para pemimpin menempatkan diri di belakang seluruh keturunan kaum Yehuda yang membina semula tembok. Orang yang memikul serta mengangkut beban melakukan pekerjaannya dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan yang lain memegang senjata. Dan setiap pembina yang melaksanakan pembinaan semula menyandang pedang di pinggang masing-masing sambil bekerja, sementara orang yang meniup nafiri ada di sisiku. Kataku kepada para bangsawan, para pemimpin, dan umat yang selebihnya, “Pekerjaan ini besar dan luas, dan kita terpencar di atas tembok, berjauhan antara satu sama lain. Kalau kamu mendengar bunyi nafiri di suatu tempat, berkumpullah di sana mendapatkan kami. Allah kita akan berperang bagi kita.” Demikianlah kami melaksanakan pekerjaan itu dengan sebahagian daripada orang memegang tombak, dari waktu fajar menyingsing sampai waktu bintang-bintang muncul. Juga pada waktu itu aku berkata kepada rakyat, “Setiap orang dengan anak buahnya harus bermalam di Yerusalem, supaya mereka dapat menjadi penjaga kami pada malam hari dan bekerja pada siang hari.” Tidak ada daripada kami, baik aku, para saudaraku, anak buahku, mahupun para pengawalku yang sempat menanggalkan pakaian. Setiap orang membawa senjatanya sekalipun sewaktu mengambil air minuman.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Nehemia 4:15-23