Nahum 1

1
1 # Yes 10:5-34; 14:24-27; Zef 2:13-15. Pernyataan ilahi tentang Niniwe. Kitab penglihatan Nahum, orang Elkosh.
Kemurkaan TUHAN terhadap Niniwe
2TUHAN itu Allah yang cemburu.
TUHAN itu pembalas dan penuh dengan kemurkaan.
TUHAN membalas perbuatan para penentang-Nya
dan menyimpan kemurkaan terhadap para musuh-Nya.
3TUHAN itu panjang sabar dan hebat kuasa-Nya.
TUHAN tidak sekali-kali membebaskan orang yang bersalah daripada menerima hukuman.
Jalan-Nya dalam angin puting beliung dan badai,
dan awan ialah debu kaki-Nya.
4Dia mencela laut dan mengeringkannya,
segala sungai dijadikan-Nya kering.
Basan dan Karmel merana, bunga-bunga Lebanon pun layu.
5Gunung-gunung menggeletar di hadapan-Nya dan remuklah bukit-bukit.
Bumi terlambung-lambung di hadapan-Nya, dunia dan seluruh penduduknya.
6Siapakah yang dapat bertahan di hadapan kemurkaan-Nya?
Siapakah yang dapat menanggung bahang amarah-Nya?
Murka-Nya tercurah seperti api,
batu-batuan dirobohkan oleh-Nya.
7TUHAN itu baik, Dialah benteng pada masa kesesakan.
Dia mengenal mereka yang berlindung pada-Nya.
8Tetapi dengan banjir yang melanda Dia akan sepenuhnya memusnahkan Niniwe.
Dia akan mengejar para musuh-Nya ke dalam kegelapan.
9Apa-apa sahaja rancanganmu melawan TUHAN akan sama sekali ditamatkan-Nya.
Kesesakan tidak akan timbul dua kali.
10Tentunya mereka akan dihabiskan sama sekali bagai minuman para pemabuk,
bagai duri-duri yang berbelit-belit dan seperti tunggul jerami kering.
11Daripadamu, wahai Niniwe, telah muncul orang yang merancang kejahatan terhadap TUHAN, yang memberikan nasihat dursila.
12Beginilah firman TUHAN,
“Sekalipun mereka kuat dan amat ramai sekali,
mereka akan tercantas dan lenyap.
Sekalipun Aku telah menderitakan kamu, wahai Yehuda,
Aku tidak akan menderitakan kamu lagi.
13Sekarang Aku akan mematahkan kuk Asyur dari atasmu dan memutuskan tali-tali pengikatmu.”
14TUHAN membuat ketetapan tentang engkau, wahai Niniwe,
“Tidak akan ada lagi penerus namamu.
Aku akan melenyapkan patung ukiran dan patung tuangan di dalam kuil berhalamu.
Aku akan menyediakan kuburmu, kerana engkau ini hina.”
15 # Yes 52:7. Lihatlah, di atas gunung-gunung tampak kaki orang yang membawa khabar baik, yang mengkhabarkan kedamaian.
Rayakanlah hari-hari perayaan kamu, wahai Yehuda, dan bayarlah nazarmu,
kerana orang dursila itu tidak akan melalui kamu lagi,
mereka telah dilenyapkan sama sekali.

Terpilih Sekarang Ini:

Nahum 1: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami