Orang Farisi dan beberapa ahli Taurat yang datang dari Yerusalem berkumpul di keliling Yesus. Mereka melihat beberapa murid Yesus makan dengan tangan najis, iaitu tangan yang tidak dibasuh. (Orang Farisi malah semua orang Yahudi taat mengikut adat istiadat nenek moyang mereka. Mereka tidak akan makan sebelum membasuh tangan menurut cara-cara yang ditentukan. Apabila pulang dari pasar, mereka juga tidak akan makan sebelum membersihkan diri. Banyak lagi peraturan yang diamalkan oleh mereka, seperti hal membasuh cawan, kendi, dan bekas tembaga.) Oleh itu, orang Farisi dan ahli Taurat di situ bertanya kepada Yesus, “Mengapakah murid-Mu tidak menurut adat istiadat nenek moyang kita? Mengapakah mereka makan dengan tangan yang najis?” Yesus menjawab, “Tepat sekali kata-kata Yesaya dalam nubuatnya tentangmu, hai orang munafik; seperti yang tersurat: ‘Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka beribadat kepada-Ku; sedangkan ajaran yang diajarkan mereka ialah peraturan manusia.’ Kamu mengetepikan perintah Allah untuk menurut adat istiadat manusia.”
Baca Markus 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 7:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video