Sekarang, kajilah ibarat daripada pokok ara: Apabila dahan-dahannya sudah melembut dan mula bertunas, kamu tahu musim panas hampir tiba. Begitulah juga kamu. Apabila kamu melihat perkara-perkara ini, ketahuilah kamu bahawa waktunya hampir tiba, sudah di ambang pintu! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, angkatan zaman ini tidak akan luput sebelum segalanya ini terjadi. Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.” “Tetapi tentang hari atau waktunya tiada siapa yang tahu baik para malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu. Berhati-hatilah! Berjaga dan berdoa! Kerana kamu tidak tahu bila saatnya. Umpama seorang yang berpergian: Dia meninggalkan rumahnya dan memberikan kekuasaan kepada hamba-hambanya, setiap orang dengan tugasnya serta memerintahkan penjaga pintu supaya berjaga-jaga. Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahu bila tuan rumah akan pulang — pada waktu petang, atau tengah malam, ketika ayam berkokok, atau pada waktu pagi — takut kalau-kalau dia datang tiba-tiba dan mendapatimu sedang tidur. Apa yang Kukatakan kepadamu, Kukatakan kepada semua: ‘Berjagalah!’ ”
Baca Markus 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 13:28-37
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video