Ketika Yesus sedang melangkah keluar dari Bait Suci, seorang murid-Nya berkata, “Guru, lihatlah batu dan bangunan yang luar biasa di sini!” Yesus menjawab, “Adakah kamu melihat bangunan yang hebat-hebat ini? Tiada seketul pun batunya akan tinggal tersusun; semuanya akan dirobohkan.” Ketika Dia duduk di atas Bukit Zaitun setentang dengan Bait Suci, murid-Nya Petrus, Yakobus, Yohanes dan Andreas bertanya kepada-Nya secara peribadi, “Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan terjadi? Apakah tanda-tandanya semua ini akan terjadi seperti yang telah dikatakan?” Yesus mula berkata kepada mereka, “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun! Ramai akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah Dia.’ Mereka akan membuat ramai orang terperdaya. Apabila kamu mendengar peperangan dan desas-desus peperangan, jangan gentar; kerana hal-hal begitu harus terjadi, tetapi belum sampai waktunya akhir zaman. Bangsa akan bangkit bertarung dengan bangsa, kerajaan dengan kerajaan. Gempa bumi akan berlaku di merata-rata, dan juga kebuluran. Segala ini cuma permulaan kesakitan sebelum bersalin. Berhati-hatilah tentang dirimu, kerana mereka akan mengheretmu ke hadapan majlis dan memukulmu di dalam saumaah. Kamu akan dibawa kepada pemerintah dan raja kerana-Ku, untuk memberikan kesaksian kepada mereka. Injil mesti disebarkan terlebih dahulu kepada semua bangsa. Apabila mereka menangkapmu dan menyerahkanmu kepada pihak berkuasa, janganlah khuatir apa yang akan kamu katakan. Tetapi apa yang diberitahu kepadamu pada waktu itu, tuturkanlah, kerana yang bertutur itu Roh Kudus, bukanlah kamu. Saudara akan berlaku khianat terhadap saudara, bapa terhadap anak, dan anak terhadap ibu bapa, lalu menyerahkan mereka untuk dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana nama-Ku. Tetapi sesiapa yang bertahan hingga ke akhir akan diselamatkan.”
Baca Markus 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 13:1-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video