Apabila Yesus mengetahui pakatan itu, Dia pun meninggalkan tempat itu. Ramai orang mengikut-Nya dan ramai yang disembuhkan-Nya daripada pelbagai penyakit. Dia melarang keras mereka mengatakan siapa Dia. Dengan demikian terjadilah firman Allah melalui Nabi Yesaya: “Inilah hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai. Aku akan menaruh Roh-Ku ke atas-Nya, dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa. Dia tidak akan bertengkar atau membentak, ataupun bersuara lantang di jalan raya. Sehelai rumput mensiang yang terkulai tidak akan dipatahkan-Nya, dan sumbu yang malap tidak akan dipadamkan-Nya, sehingga Dia berjaya menegakkan keadilan. Dalam nama-Nya, bangsa-bangsa asing akan bersandar harap kepada-Nya.”
Baca Matius 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 12:15-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video