Tetapi sebelum segala perkara yang disebut ini berlaku, kamu akan ditawan dan dianiayai. Kamu akan didakwa di majlis saumaah dan dipenjarakan. Kamu akan didakwa di hadapan raja dan pemerintah kerana nama-Ku. Inilah peluang bagimu untuk memberikan kesaksian. Jadi, teguhkanlah hatimu supaya tidak bimbang bagaimana hendak membela diri kerana Aku akan memberimu kata-kata dan kebijaksanaan yang tidak dapat dinafikan oleh seorang pun daripada musuh-musuhmu. Kamu akan dikhianati oleh ibu bapamu, adik-beradikmu, sanak saudaramu dan sahabat handaimu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu dan kamu akan dibenci oleh semua kerana nama-Ku. Tetapi sehelai rambutmu pun tidak akan hilang. Bertahanlah, keteguhan hatimu akan menyelamatkan nyawamu.”
Baca Lukas 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 21:12-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video