Beberapa orang Saduki, yang mengatakan tidak ada kebangkitan, datang kepada Yesus lalu bertanya, “Guru, Musa menulis untuk kami bahawa jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, saudara lelakinya patutlah berkahwin dengan balunya dan memanjangkan zuriatnya. Ada tujuh orang adik-beradik lelaki. Yang sulung berkahwin, kemudian meninggal dunia tanpa anak. Yang kedua berkahwin dengan balunya, kemudian yang ketiga dan seterusnya sampai kepada ketujuh saudara itu. Semuanya meninggal dunia tanpa anak. Akhirnya, wanita itu pun meninggal dunia. Pada hari kebangkitan, isteri siapakah wanita itu kerana ketujuh-tujuhnya pernah mengahwininya?” Yesus menjawab, “Orang dunia zaman ini berkahwin dan dikahwinkan tetapi mereka yang layak dibangkitkan daripada kematian dan hidup pada zaman yang akan datang tidak berkahwin dan tidak dikahwinkan. Mereka itu seperti malaikat dan tidak boleh mati lagi. Mereka menjadi anak Allah kerana mereka telah dibangkitkan. Musa telah menjelaskan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Dalam kisah belukar yang bernyala, Tuhan disebut Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub. Dia bukan Allah orang mati tetapi Allah orang hidup kerana semua hidup pada Allah.” Beberapa orang ahli Taurat berkata, “Guru, betul jawapan-Mu.” Mereka tidak berani menyoal-Nya apa-apa lagi.
Baca Lukas 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 20:27-40
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video