Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui beberapa buah kota dan kampung sambil mengajar. Seorang bertanya kepada-Nya, “Tuan, adakah segelintir sahaja yang akan diselamatkan?” Yesus menjawab, “Berusahalah untuk memasuki pintu yang sempit. Aku berkata kepadamu bahawa ramai orang akan mencari jalan masuk, tetapi mereka tidak mendapatinya. Tuan rumah akan bangun dan menguncikan pintu ketika kamu berdiri di luar mengetuk pintu sambil berkata, ‘Tuan, tuan, bukalah pintu.’ Tetapi dia akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang.’ Kemudian kamu akan berkata, ‘Kami telah makan dan minum bersama tuan, dan tuan mengajar di kota kami.’ Tetapi tuan itu akan berkata, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang. Nyahlah kamu dari sini, kamu semua penjahat!’ Di tempat itu akan terdapat ratapan dan kertakan gigi apabila kamu melihat Abraham, Ishak dan Yakub bersama semua nabi dalam kerajaan Allah, tetapi kamu diusir keluar. Orang akan datang dari timur dan barat, dari utara serta selatan untuk duduk bertelekan di meja menikmati jamuan dalam kerajaan Allah. Sesungguhnya, ada orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan ada orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir.”
Baca Lukas 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 13:22-30
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video