“Kamu hendaklah bersiap sedia dengan pelitamu terpasang. Kamu hendaklah seperti orang yang menantikan kepulangan tuan mereka dari jamuan perkahwinan. Apabila tuan mereka pulang dan mengetuk pintu, mereka akan membuka pintu itu dengan serta-merta. Diberkatilah hamba-hamba yang didapati berjaga-jaga oleh tuan mereka ketika dia pulang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tuan itu akan menyuruh mereka duduk bertelekan di meja dan dia sendiri akan melayan mereka. Diberkatilah hamba-hamba itu jika tuan itu pulang baik pada tengah malam ataupun sebelum fajar menyingsing dan mendapati mereka bersiap sedia. Tetapi ketahuilah kamu bahawa sekiranya tuan rumah mengetahui masa pencuri akan datang, dia tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk. Oleh itu, kamu hendaklah bersedia kerana Anak Manusia akan datang pada suatu masa yang tidak kamu sangka.”
Baca Lukas 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 12:35-40
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video