Lalu mereka bertanya kepada bapanya dengan menggunakan isyarat nama yang hendak diberikan kepada anaknya itu. Dia meminta papan tulis lalu menulis demikian, “Namanya Yohanes.” Semuanya kehairanan. Pada seketika itu, mulut Zakharia terbuka dan lidahnya tidak terikat lalu dia bercakap dan memuji Allah. Semua jirannya sangat takut dan segala perkara ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea. Semua orang yang mendengarnya berkata dalam hati masing-masing, “Bagaimanakah gerangan halnya anak ini kelak?” Jelaslah bahawa tangan Tuhan memimpinnya. Bapanya, Zakharia, dipenuhi dengan Roh Kudus lalu bernubuat, “Segala puji bagi Tuhan, Allah Israel! Kerana Dia telah datang dan menebus umat-Nya; Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang berkuasa, seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud. Demikianlah firman-Nya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang suci dari zaman dahulukala, Dia berjanji menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita, dan daripada tangan semua orang yang membenci kita; Dia mengasihani nenek moyang kita, dan mengingati perjanjian-Nya yang suci, Dia berjanji kepada nenek moyang kita, Abraham, untuk menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita supaya tanpa rasa takut kita beribadat kepada-Nya dalam kesucian dan perbenaran sepanjang hidup kita.
Baca Lukas 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 1:62-75
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video