Maria berkata, “Jiwaku meninggikan Tuhan; rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku, kerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina. Dari sekarang hingga selama-lamanya, orang akan berkata aku diberkati, kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara yang besar untuk aku. Sucilah Nama-Nya. Dia mengasihani mereka yang takut akan Dia, daripada satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dia telah menunjukkan kekuatan tangan-Nya; Dia telah mencerai-beraikan mereka yang berhati bongkak dalam pemikiran mereka. Dia telah menurunkan raja-raja daripada takhta mereka dan mengangkat tinggi orang yang hina; Dia telah memuaskan orang yang lapar dengan segala yang baik tetapi orang kaya dihalau pergi dengan tangan kosong. Dia menolong bangsa Israel, hamba-Nya kerana Dia ingat akan belas kasihan-Nya yang dijanjikan kepada nenek moyang kita Abraham dan semua keturunannya untuk selama-lamanya.” Maria tinggal bersama Elisabet selama tiga bulan. Selepas itu, dia pulang ke rumahnya.
Baca Lukas 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Lukas 1:46-56
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video