Yosua 12

12
Raja-raja yang dikalahkan
1 # Bil 21:21-35; Ul 2:26—3:11. Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh orang Israel, yang negeri mereka diduduki orang Israel di seberang Sungai Yordan ke arah matahari terbit, dari Sungai Arnon sampai ke Gunung Hermon, dan seluruh Araba ke sebelah timur: 2Sihon, raja bani Amori yang tinggal di Hesbon. Dia memerintah wilayah dari Aroer di tepi Lembah Arnon, baik wilayah di tengah lembah itu mahupun setengah wilayah Gilead, sampai ke Sungai Yabok, sempadan daerah bani Amon; 3dan juga wilayah Araba sampai ke Danau Kineret di arah timur hingga ke Laut Araba, iaitu Laut Mati, ke arah Bet-Yesimot, lalu terus ke sebelah selatan sampai di kaki lereng Gunung Pisga.
4Raja seterusnya ialah Og, raja Basan, seorang daripada saki-baki orang Refaim yang tinggal di Astarot dan di Edrei. 5Dia memerintah Gunung Hermon, Salkha, seluruh Basan sampai ke sempadan daerah bani Gesur dan bani Maakha, juga setengah daripada wilayah Gilead sampai ke sempadan daerah Sihon, raja Hesbon.
6 # Bil 32:33; Ul 3:12. Mereka ditewaskan oleh Musa, hamba TUHAN itu, dan orang Israel. Lalu Musa, hamba TUHAN itu, memberikan daerah itu kepada suku Ruben, suku Gad, dan separuh suku Manasye untuk menjadi milik mereka.
7Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh Yosua dan orang Israel di sebelah barat Sungai Yordan, iaitu dari Baal-Gad di Lembah Lebanon sampai ke Gunung Halak yang menanjak ke Seir (Yosua memberikan negeri itu kepada suku-suku Israel menjadi milik mereka menurut pembahagian mereka, 8baik di pergunungan, di dataran rendah, di Araba, di lereng-lereng gunung, di gurun, mahupun di Tanah Negeb, iaitu negeri bani Het, bani Amori, bani Kanaan, bani Feris, bani Hewi, dan bani Yebus):
9raja Yerikho — satu
raja Ai (di sebelah Betel) — satu
10raja Yerusalem — satu
raja Hebron — satu
11raja Yarmut — satu
raja Lakhis — satu
12raja Eglon — satu
raja Gezer — satu
13raja Debir — satu
raja Geder — satu
14raja Horma — satu
raja Arad — satu
15raja Libna — satu
raja Adulam — satu
16raja Makeda — satu
raja Betel-El — satu
17raja Tapuah — satu
raja Hefer — satu
18raja Afek — satu
raja Lasaron — satu
19raja Madon — satu
raja Hazor — satu
20raja Simron-Meron — satu
raja Akhsaf — satu
21raja Taanakh — satu
raja Megido — satu
22raja Kedesh — satu
raja Yokneam di Karmel — satu
23raja Dor di Dataran Tinggi Dor — satu
raja Goyim di Gilgal — satu
24raja Tirza — satu.
Jumlah raja itu tiga puluh satu orang semuanya.

Terpilih Sekarang Ini:

Yosua 12: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk