TUHAN berfirman kepada Ayub: “Adakah si penuduh mahu berbantah melawan Yang Maha Kuasa? Biarlah dia yang menegur Allah menjawab!” Jawab Ayub kepada TUHAN: “Aku ini hina adanya, apa yang dapat kujawab kepada-Mu? Tanganku kutekapkan ke mulut. Aku sudah berbicara satu kali, tetapi aku tidak mahu menjawab lagi bahkan dua kali, dan aku tidak mahu menambahi apa-apa lagi.” TUHAN menjawab Ayub dari dalam angin puting beliung, “Bersiaplah engkau sebagai lelaki. Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku. Apakah engkau mahu membatalkan pengadilan-Ku? Apakah engkau mahu mempersalah Aku supaya engkau benar? Apakah engkau berkuasa seperti Allah? Dapatkah suaramu mengguntur seperti suara-Nya? Hiasilah dirimu dengan keagungan dan keluhuran, kenakanlah kemuliaan dan semarak. Hamburkanlah amarahmu yang meluap-luap, pandanglah setiap orang yang sombong dan rendahkanlah dia. Pandanglah setiap orang yang sombong dan tundukkanlah dia, injaklah orang fasiq di tempatnya. Kuburlah mereka bersama-sama dalam debu, selubungilah muka mereka di tempat yang tersembunyi. Maka Aku sendiri akan mengakui bahawa tangan kanan kamulah yang menyelamatkan engkau.”
Baca Ayub 40
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ayub 40:1-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video