Yohanes 6:47-59

Yohanes 6:47-59 AVB

Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, orang yang percaya mendapat hidup yang kekal. Akulah roti hidup. Nenek moyangmu makan manna di gurun, tetapi mereka mati juga. Inilah roti yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini tidak akan mati. Akulah roti hidup yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup kekal. Roti yang akan Kuberikan untuk hidup manusia di dunia ini ialah tubuh-Ku.” Orang Yahudi yang mendengar kata-kata ini mula bertengkar sesama sendiri, “Bagaimanakah mungkin orang ini memberikan tubuh-Nya untuk kita makan?” Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika kamu tidak makan tubuh Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup dalam dirimu. Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku mendapat hidup yang kekal, maka Aku akan membangkitkannya pada hari akhir. Tubuh-Ku inilah makanan yang sebenar. Darah-Ku inilah minuman yang sebenar. Apabila seorang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, maka dia tetap di dalam-Ku dan Aku di dalamnya. Seperti Bapa yang hidup mengutus Aku, dan Aku hidup kerana Bapa hidup. Demikianlah juga, orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku hidup. Inilah roti yang turun dari syurga, bukan seperti roti yang dimakan oleh nenek moyangmu, yang kemudiannya mati juga walaupun telah memakannya. Sebaliknya, sesiapa yang makan roti ini akan hidup kekal.” Demikianlah kata-kata Yesus ketika mengajar di saumaah di Kapernaum.