Ketika Perayaan Paskah orang Yahudi hampir tiba, Yesus pergi ke Yerusalem. Di dalam Bait Suci Dia mendapati orang berjual beli lembu, domba dan burung merpati, serta pengurup-pengurup wang duduk di situ. Yesus membuat cemeti daripada tali lalu mengusir kesemua orang, domba dan lembu dari Bait Suci. Dia juga menghamburkan wang pengurup wang itu dan menterbalikkan meja mereka. Dia berkata kepada penjual burung merpati, “Bawa keluar semuanya. Jangan jadikan Rumah Bapa-Ku tempat berniaga!” Para murid-Nya teringat bahawa telah tersurat: “Kasih-Ku terhadap Rumah-Mu membakar hati-Ku!” Orang Yahudi menyoal Yesus, “Apakah mukjizat yang dapat Kamu lakukan sebagai bukti bahawa Kamu berhak bertindak begini?” Yesus menjawab, “Robohkanlah Bait Suci ini, akan Kubina semula dalam tiga hari.” “Pembinaan Bait Suci ini mengambil masa empat puluh enam tahun! Akan Kaubina semula dalam tiga hari?” tanya orang Yahudi kepada-Nya. Sebenarnya, Bait Suci yang dimaksudkan oleh Yesus itu ialah tubuh-Nya sendiri. Apabila Yesus bangkit daripada kematian, murid-murid-Nya teringat kata-kata-Nya itu. Dengan demikian percayalah mereka akan Kitab Suci dan kata-kata Yesus.
Baca Yohanes 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 2:13-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video