Selepas itu, Yesus mengetahui bahawa segala-galanya telah berlaku sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, lalu berkata, “Aku dahaga.” Di situ ada sebuah bekas berisi air anggur masam. Lalu mereka memenuhkan sebuah span dengan air anggur masam itu, meletakkannya di atas batang hisop dan mencecahkannya ke mulut Yesus. Setelah Yesus menerima air anggur masam itu, Dia berkata, “Sudah selesai.” Dia menundukkan kepala lalu menyerahkan roh-Nya. Oleh sebab hari itu hari persediaan dan mayat-mayat itu tidak sewajarnya masih ada di atas salib pada hari Sabat (kerana hari Sabat itu hari mulia), orang Yahudi meminta kepada Pilatus agar mayat-mayat itu dipatahkan kakinya dan dibawa pergi. Askar-askar pun datang mematahkan kaki orang yang disalib bersama Yesus itu, seorang demi seorang. Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus dan melihat Dia sudah tidak bernyawa lagi, mereka pun tidak mematahkan kaki-Nya. Tetapi seorang askar itu menikam rusuk-Nya dengan lembing, lalu keluarlah darah dan air. Maka dia yang melihatnya merakamkan sebagai kesaksian, dan rakamannya itu benar. Dia tahu bahawa dia bercakap benar, supaya kamu percaya. Semua ini dilakukan supaya terlaksanalah yang tersurat dalam Kitab Suci, “Tidak ada satu pun tulang-Nya akan dipatahkan.” Juga tersurat dalam Kitab Suci, “Mereka akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka.”
Baca Yohanes 19
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 19:28-37
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video