Di Yerusalem, Perayaan Pentahbisan sedang disambut. Ketika itu musim sejuk, dan Yesus sedang berjalan di serambi Salomo di dalam Bait Suci. Orang Yahudi pun berkumpul di sekeliling-Nya lalu berkata, “Sampai bilakah Engkau membiarkan kami bertanya-tanya? Katakanlah dengan jelas: Adakah Engkau ini Kristus?” Yesus menjawab, “Aku sudah pun mengatakannya kepada kamu, tetapi kamu tidak mahu percaya. Segala yang Kulakukan dengan nama Bapa-Ku memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Kamu tidak percaya kerana kamu bukan kawanan domba-Ku. Domba-domba-Ku mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku. Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku. Bapa-Ku yang mengurniakan mereka kepada-Ku lebih besar daripada siapa pun. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada Bapa. Aku dan Bapa adalah satu.”
Baca Yohanes 10
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 10:22-30
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video