Yohanes 1:1-14

Imej Ayat untuk Yohanes 1:1-14

Yohanes 1:1-14 - Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Dia bersama Allah pada permulaan. Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.
Allah mengutus seorang bernama Yohanes. Dia datang untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu, supaya semua orang akan percaya melalui Dia. Dia sendiri bukanlah cahaya itu, dia datang untuk memberikan kesaksian tentang-Nya. Itulah cahaya benar yang menerangi setiap manusia, sedang mendatangi dunia.
Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.
Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.