Engkau telah memperdaya aku, ya TUHAN, dan aku terperdaya. Engkau lebih kuat daripada aku dan Engkau menang. Sepanjang hari aku menjadi bahan tertawaan, semua orang mengolok-olokkan aku. Setiap kali aku berbicara, aku harus berteriak. Aku berseru, “Kekerasan! Perompakan!” Kerana penyampaian firman TUHAN telah membuat aku dicela dan dicemuh sepanjang hari. Kalau aku berfikir, “Aku tidak mahu menyebut-nyebut Dia dan tidak mahu berbicara lagi atas nama-Nya,” maka dalam hatiku ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulangku. Aku berlelah-lelah menahannya, tetapi aku tidak sanggup. Aku mendengar banyak bisikan orang: “Kegentaran dari segala jurusan! Adukanlah dia! Kami pun mahu mengadukannya!” Semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku, “Mudah-mudahan dia terperdaya, sehingga kami dapat mengalahkan dia dan membalas dia.” Tetapi TUHAN menyertai aku seperti kesateria yang hebat, sebab itu para pengejarku akan tersandung dan tidak akan menang. Mereka akan sangat malu kerana tidak bertindak bijaksana, aib mereka kekal, tidak dilupakan orang. Ya TUHAN alam semesta, yang menguji orang benar, yang mengamati hati dan batin, biarlah kulihat pembalasan-Mu terhadap mereka, kerana kepada-Mulah kunyatakan perkaraku.
Baca Yeremia 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yeremia 20:7-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video