Saudara-saudaraku, apa gunanya seorang berkata, “Aku beriman,” jika dia tidak membuktikan imannya melalui perbuatannya? Iman sedemikian tidak dapat menyelamatkannya. Katakanlah seorang saudara lelaki atau saudara perempuan memerlukan pakaian dan kekurangan makanan. Apakah gunanya kamu berkata kepadanya, “Selamat jalan, pakailah baju panas dan makanlah secukupnya,” jika kamu tidak menghulurkan apa yang diperlukan tubuhnya? Demikian juga dengan iman, jika tidak dinyatakan melalui perbuatan, maka sia-sialah iman itu. Mungkin ada orang yang berkata, “Kamu mempunyai iman; aku mempunyai perbuatan.” Tunjukkan kepadaku seorang yang beriman tetapi tidak mengamalkan perbuatan baik, maka dengan perbuatan baikku akan kutunjukkan bahawa aku beriman. Kamu percaya kepada Allah yang esa. Bagus! Roh-roh iblis juga percaya demikian dan gementar ketakutan.
Baca Yakobus 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yakobus 2:14-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video