“Wahai semua orang yang dahaga, mari, ambillah air! Wahai orang yang tidak punya wang, mari, belilah makanan dan makanlah! Mari, belilah air anggur dan susu tanpa wang dan tanpa bayaran! Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk sesuatu yang bukan makanan, dan hasil jerih lelahmu untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah Aku baik-baik dan makanlah apa yang baik. Biarlah kamu bersenang-senang dengan hidangan yang kaya khasiatnya. Pasanglah telingamu dan datanglah kepada-Ku, dengarlah, maka kamu akan hidup. Aku akan mengikat perjanjian yang kekal dengan kamu, menurut kasih abadi yang teguh kepada Daud. Sesungguhnya, Aku menetapkan dia menjadi saksi bagi bangsa-bangsa, menjadi seorang pemimpin dan pemerintah bagi bangsa-bangsa. Sesungguhnya, engkau akan memanggil bangsa yang tidak kaukenal, dan bangsa-bangsa yang tidak mengenal engkau akan berlari kepadamu kerana TUHAN, Allahmu, Yang Maha Suci, Allah Israel, oleh sebab Dia telah memuliakan engkau.” Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui, berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat. Hendaklah orang fasiq meninggalkan jalannya dan orang jahat meninggalkan segala rancangannya. Hendaklah dia kembali kepada TUHAN, maka Dia akan mengasihaninya, dan kepada Allah kita, kerana Dia akan mengampuni dengan limpahnya.
Baca Yesaya 55
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 55:1-7
21 Days
In the 21 Days to Overflow YouVersion plan, Jeremiah Hosford will take readers on a 3-week journey of emptying themselves of themselves, being filled with the Holy Spirit, and living out an overflowing, Spirit-filled life. It’s time to stop living normally and start living an overflowing life!
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video