Kuburnya ditentukan antara orang fasiq, dan dalam kematiannya dia bersama kalangan kaya, sungguhpun dia tidak pernah melakukan kekerasan dan tidak ada tipu daya di dalam mulutnya. Namun begitu, TUHAN berkehendak menghancurkan dan menyakiti dia. Jika dia menjadikan jiwanya korban penebus kesalahan, maka dia akan melihat keturunannya dan umurnya lanjut. Kehendak TUHAN akan berhasil dalam tangannya. Sesudah kesusahan jiwanya dia akan melihat cahaya kehidupan dan berasa puas. Hamba-Ku yang benar itu akan membenarkan ramai orang dengan pengetahuannya. Dia akan memikul dosa-dosa mereka. Oleh sebab itu Aku akan menentukan bahagiannya bersama-sama orang besar, dan dia akan berbahagi jarahan bersama-sama orang kuat, kerana dia telah mencurahkan nyawanya sampai mati dan diperhitungkan bersama-sama orang derhaka, padahal dia menanggung dosa orang ramai dan berdoa bagi para penderhaka.
Baca Yesaya 53
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 53:9-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video