Yesaya 50

50
Dosa Israel
1 # Bar 4:6. Beginilah firman TUHAN
“Di manakah surat cerai ibumu
tanda Aku mengusir dia?
Atau, kepada siapakah antara pemiutang-Ku
Aku pernah menjual engkau?
Sesungguhnya, kamu dijual atas sebab kesalahan-kesalahanmu,
dan ibumu diusir kerana segala pelanggaranmu.
2Mengapa tidak ada seorang pun apabila Aku datang,
dan tidak ada yang menjawab apabila Aku memanggil?
Adakah tangan-Ku tidak berkuasa sama sekali sehingga tidak dapat menyelamatkan kamu?
Masakan tidak ada kekuatan pada-Ku untuk melepaskan kamu?
Sesungguhnya, dengan herdikan-Ku Aku mengeringkan laut,
Aku membuat sungai-sungai menjadi padang gurun.
Ikan-ikannya berbau busuk kerana tidak ada air dan mati kehausan.
3Aku boleh mengenakan pakaian hitam kepada langit
dan membuat kain kabung jadi selubungnya.”
Ketaatan hamba Allah
4Tuhan ALLAH telah mengurniakan
lidah seorang murid kepadaku,
supaya dengan perkataanku aku tahu
bagaimana menolong orang yang letih.
Dia membangunkan aku pagi demi pagi,
Dia menjadikan aku peka untuk mendengar seperti seorang murid.
5Tuhan ALLAH telah membuka telingaku
dan aku tidak memberontak.
Aku tidak mundur.
6 # Mat 26:67; Mrk 14:65. Aku menyerahkan belakangku kepada orang yang memukul aku,
dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku.
Tidak kusembunyikan mukaku
apabila diaibkan dan diludahi orang.
7Tuhan ALLAH menolong aku,
sebab itu aku tidak mendapat aib.
Oleh sebab itu pula aku menetapkan hatiku seteguh batu api,
dan aku tahu bahawa aku tidak akan malu.
8 # Rm 8:33,34. Dia yang membenarkan aku sudah dekat,
Siapakah yang hendak berbantah-bantah dengan aku?
Mari kita tampil bersama-sama!
Siapakah lawanku berperkara?
Biarlah dia menghampiriku!
9Sesungguhnya, Tuhan ALLAH menolong aku.
Siapakah yang berani menyatakan aku bersalah?
Sesungguhnya, mereka semua akan menjadi usang seperti pakaian,
gegat akan memakan mereka.
10Siapakah antara kamu yang takut kepada TUHAN
dan mendengar perkataan hamba-Nya?
Kalau dia berjalan dalam kegelapan
dan tidak ada cahaya baginya,
biarlah dia percaya kepada nama TUHAN
dan bergantung pada Allahnya.
11Camkanlah, wahai kamu semua yang menyalakan api,
yang memperlengkapkan diri dengan panah-panah api!
Berjalanlah ke dalam nyala apimu
dan ke tengah-tengah panah api yang kamu nyalakan.
Inilah yang akan kamu terima daripada tangan-Ku:
kamu akan rebah di tempat azab penyeksaan.

Terpilih Sekarang Ini:

Yesaya 50: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk