Yesaya 15

15
Pernyataan ilahi tentang Moab
1 # Yes 25:10-12; Yer 48:1-47; Yeh 25:8-11; Am 2:1-3; Zef 2:8-11. Pernyataan ilahi tentang Moab.
Sungguh, dalam satu malam Ar-Moab dirosakkan dan dibinasakan.
Sungguh, dalam satu malam Kir-Moab dirosakkan dan dibinasakan.
2Dibon naik ke kuil di bukit-bukit pemujaan untuk menangis.
Moab meraung-raung kerana Nebo dan kerana Medeba.
Setiap kepala digondolkan, setiap janggut dicukur.
3Di jalan, mereka memakai kain kabung, di atas bumbung rumah dan di tempat umum
semua orang meraung-raung dan jatuh menangis.
4Hesbon dan Eleale menjerit,
suara mereka terdengar sampai ke Yahas.
Oleh sebab itu orang Moab yang bersenjata berteriak-teriak,
hati mereka ketakutan.
5Hatiku menjerit kerana Moab.
Para pengungsinya lari sampai ke Zoar, ke Eglat-Selisia.
Sungguh, orang mendaki tanjakan Luhit sambil menangis.
Di jalan menuju ke Horonaim mereka memperdengarkan jeritan kehancuran.
6Sungguh, air di Nimrim menjadi kering.
Rumput layu, rumput muda habis,
tidak ada lagi tumbuhan hijau.
7Oleh sebab itu kekayaan yang diperoleh dan disimpan mereka
akan diangkut mereka ke tepi Sungai Haarabim.
8Sungguh, jeritan melingkupi daerah Moab.
Raungannya sampai ke Eglaim,
raungannya mencapai Beer-Elim.
9Sungguh, air Dibon penuh dengan darah.
Meskipun begitu, apa yang menimpa Dibon akan Kulipatgandakan lebih lagi:
singa akan menyerang orang yang terselamat dari Moab dan saki-baki orang yang masih ada di bumi itu.

Terpilih Sekarang Ini:

Yesaya 15: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk