Hosea 12

12
Bani Efraim dan Yakub
1“Efraim menjadikan angin makanannya dan mengejar angin timur sepanjang hari.
Mereka melipatgandakan kebohongan dan kemusnahan,
mereka mengikat perjanjian dengan Asyur dan membawa minyak ke Mesir.”
2TUHAN berperkara dengan Yehuda.
Dia akan menghukum bani Yakub setimpal dengan perilaku mereka,
dan membalas mereka selaras dengan segala perbuatan mereka.
3 # Kej 25:26. # Kej 32:24-26. Semasa di dalam kandungan, Yakub memegang tumit saudaranya,
dan dalam keperkasaannya dia bergelut dengan Allah.
4 # Kej 28:10-22. Dia bergelut dengan malaikat dan menang,
lalu dia menangis dan memohon belas kasihan-Nya.
Dia bertemu dengan Dia di Betel
dan di sanalah Dia berfirman kepada kita —
5TUHAN, Allah alam semesta.
TUHAN, itulah nama-Nya —
6“Engkau harus kembali kepada Allahmu.
Berpegang teguhlah pada kasih dan keadilan,
dan sentiasa tunggulah Allahmu.”
7Dia seorang pedagang, di tangannya ada neraca tipu daya. Dia suka menindas.
8Efraim berkata, “Sungguh, aku telah menjadi kaya.
Aku telah memperoleh harta.
Dalam segala jerih lelahku tidak akan didapati padaku kesalahan yang disebut dosa.”
9 # Im 23:42,43. “Tetapi Akulah TUHAN, Allahmu, sejak di Tanah Mesir.
Aku akan membuat kamu tinggal di dalam khemah lagi
seperti pada hari perayaan yang ditetapkan.
10Aku berfirman kepada para nabi,
memberi mereka banyak penglihatan,
dan dengan perantaraan para nabi itu Kugunakan ibarat.
11Jika ada kejahatan di Gilead,
maka kesemuanya pasti menjadi sia-sia.
Di Gilgal mereka mengorbankan lembu-lembu jantan,
maka mazbah-mazbah berhala mereka pun menjadi seperti timbunan batu di alur-alur ladang.”
12 # Kej 29:1-20. Yakub melarikan diri ke daerah Aram.
Di sana Israel menghambakan diri untuk mendapat isteri,
ya, untuk mendapat isteri dia menjadi gembala.
13 # Kel 12:50,51. Lalu dengan perantaraan seorang nabi,
TUHAN membawa Israel keluar dari Mesir,
dengan perantaraan seorang nabi dia terpelihara.
14Efraim telah membangkitkan murka-Nya secara getir,
sebab itu Tuhannya akan menanggungkan darahnya atas dirinya sendiri
dan memberikan balasan terhadap perbuatan celanya.

Terpilih Sekarang Ini:

Hosea 12: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk