Orang memang bersumpah dengan nama yang lebih besar daripada dirinya, dan suatu sumpah sebagai pengesahan mengakhiri segala pertikaian. Dengan demikian Allah, untuk menunjukkan kepada waris-waris janji itu bahawa kehendak-Nya tidak mungkin berubah, telah mengesahkannya dengan sumpah. Dengan adanya dua perkara yang tidak mungkin berubah, sedangkan Allah tidak mungkin berdusta, maka hati kita tetap. Kita telah lari mencari tempat berlindung untuk berpegang kepada harapan yang dihulurkan kepada kita. Kita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap dan teguh, dan masuk sampai ke balik tirai. Di situ perintis jalan telah masuk untuk kita, iaitu Yesus, yang telah menjadi Imam Besar untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.
Baca Ibrani 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ibrani 6:16-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video