Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi. Melalui iman dia tinggal di tanah yang dijanjikan itu seperti di negeri asing. Dia tinggal di khemah-khemah dengan Ishak dan Yakub, yang bersamanya menjadi waris janji itu; kerana dia menanti kota yang berasas, yang dibina dan dicipta oleh Allah. Melalui iman Sarah juga mendapat kekuatan untuk mengandungkan benih lalu melahirkan anak padahal usianya sudah lanjut; kerana dia yakin bahawa Dia yang berjanji itu setia. Oleh itu, daripada seorang lelaki yang dianggap hampir dengan maut, telah lahir keturunan sebanyak bintang-bintang di langit, tidak terkira bilangannya seperti butir-butir pasir di pantai. Semua mereka ini telah mati dalam iman. Mereka belum menerima janji itu. Akan tetapi, setelah melihatnya pada masa yang akan datang mereka yakin terhadapnya, dan mengakui mereka orang asing dan musafir di muka bumi ini. Mereka yang berkata demikian menyatakan terang-terang bahawa mereka sedang mencari tempat untuk dijadikan tanah air mereka. Sesungguhnya, kalaulah mereka teringat akan negeri yang telah ditinggalkan mereka dahulu, mereka akan mendapat peluang untuk kembali. Tetapi kini mereka inginkan tempat yang lebih baik, iaitu di syurga. Oleh itu, Allah tidak malu disebut sebagai Allah mereka; Dia telah menyediakan sebuah kota untuk mereka.
Baca Ibrani 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ibrani 11:8-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video